Monday, April 29, 2013
Strawberry house tissue box
Minggu lepas tak pergi kelas sebab husband ajak tengok wayang dengan anak2. Jadi aku cuma siapkan tugasan yang Irene bagi kat rumah ajer. Dah siap semua buah strawberry, bunga dan daun, kerja mengecat pulak dengan menggunakan oil base colour (jenama winton). Aku buatkan 40 helai daun besar dan 30 helai daun kecil. 20 kuntum bunga. Selepas colour nampak cantik sangat. Tak sabar rasanya nak siapkan projek ke2 ini.
Tuesday, April 16, 2013
Strawberry tisue box
Sabtu minggu ini aku tak pergi kelas clay sebab keadaan yang tak dapat dielakkan. Cuma siapkan buah strawberry untuk membuat projek ke 2 iaitu strawberry tisue box kat rumah ajer. InsyaAllah minggu ini di harap tiada aral melintang.
Sunday, April 7, 2013
Akhirnya siap projek pertamaku
Sunday, March 31, 2013
roses mirror... not finish yet
30 March 2013 (Sabtu) - ini minggu ke 4. Masih tak siap lagi cerminku. Minggu ini tampal bunga ros dan tambah lagi daun untuk menghias bunga tersebut. Cikgu suruh bawa balik rumah untuk cat daun pulak bila clay tu sudah kering. Ada beberapa helai lagi daun belum diwarnakan sebab Irene nak bagi nampak effect, dia nak suruh warna daun yang nampak layu kekuningan. Dah siap ni, barulah aku confident untuk ambik tempahan roses mirror. InsyaAllah minggu depan boleh siap projek pertamaku.
Monday, March 25, 2013
Air dry clay product of Japan & Korea
Deskripsi bahan "Hearty Clay":
- Bahan: tepung Anorganik
- Karakteristik: super ringan, lentur dan mudah untuk menangani
- Mewarnai: akrilik, cat air berbasis (guna jenama alpha product of korea).
- Penggunaan: kue miniatur, boneka , bunga, dll
- Note: Setelah dibuka, mesti dibungkus dalam plastik atau bekas kedap udara
![]() |
| Ini pulak tools yang di gunakan. |
Sunday, March 24, 2013
roses mirror 2
23/3/2013 (Sabtu) - Ini minggu ke 3 untuk kelas membuat cermin bunga ros. Hari ini diajar teknik mewarna cermin dan membuat daun serta batang bunga ros. Tinggal lagi teknik mewarna daun dan menampal bunga. lepas tu siapkan cermin bunga ros ku.
Sunday, March 17, 2013
Roses Mirror
16hb March 2013 (Sabtu)- Hari ini minggu ke 2 untuk kelas Roses Mirror. Sempat belajar teknik mewarna roses dan membuat cermin dengan menggunakan modeling clay. Cikgu bagi bahan2 untuk aku sambung buat kat rumah. Selama 2 jam setengah sempat mewarna 2 kuntum bunga dan menampal modelling clay kat cermin. Rasanya minggu depan dah boleh siapkan projek pertama.
Subscribe to:
Posts (Atom)














