Thursday, January 29, 2015

Princess



Ini adalah projek membentuk orang. Buat orang ini, bahagian muka paling susah kerana nak membentuk alis mata, mata dan mulut. Kena praktis kat kertas dulu sebelum lukis kat patung princess ini.

My Kitchen


Inilah projek clay ke 8. Hampir 3 bulan baru siap projek ini dan saya memang suka buat model kartun ini.

Wednesday, April 16, 2014

orkid sudah siap


Alhamdulillah, akhirnya siap jugak orkidku. Itu pun dengan bantuan tenaga pengajar.  InshaaAllah, minggu ini boleh teruskan dengan projek ke 7.

Sunday, April 6, 2014

Orkid




Dah lama tak update status kelas clay.  Selepas bunga ros, buat bunga orkid pulak.  Lama juga nak siapkan bunga ini sebab jarang dapat hadir kelas kerana hari minggu kena out station.  Harap-harap minggu ini dapat siap gubah bunga orkid ini. 

Thursday, December 5, 2013

Jambangan Bunga



Akhirnya siap juga jambangan bungaku. Bunga ros dan carnation. Berbulan-bulan baru siap. Aku pun lama juga tak pergi kelas clay sebab terlalu sibuk. Sabtu pun kena kerja, itu yang lambat nak siap bunga ini.  Dalam bulan Disember ini pulak memang tak dapat hadir ke kelas. Irene ada bagi clay untuk di buat di rumah. Projek ke 6 ini buat bunga orkid pulak. Harap-harap dapat siap dengan cepat.

Monday, October 28, 2013

Carnation

Ini projek ke 5 aku,  bunga carnation 3D. Dah siap 8 kuntum. Sekarang tengah menyiapkan bunga ros 3D pulak. In shaa Allah minggu depan siap a bouquet of flower. Boleh letak atas meja makan pulak.