Thursday, December 5, 2013

Jambangan Bunga



Akhirnya siap juga jambangan bungaku. Bunga ros dan carnation. Berbulan-bulan baru siap. Aku pun lama juga tak pergi kelas clay sebab terlalu sibuk. Sabtu pun kena kerja, itu yang lambat nak siap bunga ini.  Dalam bulan Disember ini pulak memang tak dapat hadir ke kelas. Irene ada bagi clay untuk di buat di rumah. Projek ke 6 ini buat bunga orkid pulak. Harap-harap dapat siap dengan cepat.

Monday, October 28, 2013

Carnation

Ini projek ke 5 aku,  bunga carnation 3D. Dah siap 8 kuntum. Sekarang tengah menyiapkan bunga ros 3D pulak. In shaa Allah minggu depan siap a bouquet of flower. Boleh letak atas meja makan pulak.

Monday, June 17, 2013

Akhirnya siap jam dindingku




Sabtu lepas 8 Jun 2013, siap juga jam dindingku. Gembiranya rasa hati. Dah ada 2 orang pun menempah jam tersebut. InshaaAllah sebelum raya saya akan cuba siapkan lagi 2 jam dinding.

Monday, June 3, 2013

jam Dinding



1 jun 2013 - Hari ini birthday Agung. Irene buka kedai juga. hari ini siapkan base untuk jam dan warnakan bunga. Dah nampak menyerlah bunga ni, lembut dan kelihatan segar. Base guna paper cream dan flower aku guna hearty clay.

Wednesday, May 29, 2013

Akhirnya siap....





Lupa pulak nak tunjuk kota tisu rumah strawberi yang dah siap. Inilah hasilnya.... comelkan? Terutama anak patung tu. Dalam seminggu jugalah Ain asyik mengadap anak patung tu. Setiap kali dia tengok kotak tu dia akan sentuh tangan, baju, kaki, topi anak patung tu. Kelakar betul....

Jam Dinding




25hb mei 2013 - Minggu lepas baru sempat hadir kelas clay. Kali ini, untuk projek ke 3 nak buat jam dinding bentuk bunga pulak. Ini bunga dari US jadi tak tahulah namanya. Dah siap 5 kuntum bunga yang sedang mengembang dan 2 kuntum bunga yang masih menguncup. InshaaAllah minggu ini akan buat base dan warnakan bunga. Setiap kali projek memang tak sabar nak siapkan cepat-cepat. Seronoknya rasa sebab hiasan rumah di buat sendiri :).

Monday, May 6, 2013

tissue box... again


4 Mei 2013, Sabtu - Minggu ini belajar colour rumput, buat ranting dan tampal buah, bunga dan daun strawberry. Masih tak siap lagi. Minggu depan nak tambah lagi tampal buah strawberry barulah siap kotak tisuku.

Strawberry house tissue box

27 April 2013, Sabtu - Aku attend class clay. Minggu ini siapkan cat kotak tisu dan buat bumbung menggunakan modelling clay.

Monday, April 29, 2013

Strawberry house tissue box





Minggu lepas tak pergi kelas sebab husband ajak tengok wayang dengan anak2. Jadi aku cuma siapkan tugasan yang Irene bagi kat rumah ajer. Dah siap semua buah strawberry, bunga dan daun, kerja mengecat pulak dengan menggunakan oil base colour (jenama winton). Aku buatkan 40 helai daun besar dan 30 helai daun kecil. 20 kuntum bunga. Selepas colour nampak cantik sangat. Tak sabar rasanya nak siapkan projek ke2 ini.

Tuesday, April 16, 2013

Strawberry tisue box



Sabtu minggu ini aku tak pergi kelas clay sebab keadaan yang tak dapat dielakkan. Cuma siapkan buah strawberry untuk membuat projek ke 2 iaitu strawberry tisue box kat rumah ajer. InsyaAllah minggu ini di harap tiada aral melintang.

Walaubagaimanapun, disini aku nak tunjukkan toolbox yang baru dibeli untuk simpan peralatan clay aku. Barang-barang tersusun sikit dan senang untuk dibawa ke kelas. Ini baru permulaan. Jangan terkejut sebab ada juga student lama yang bawa bakul besar ke kelas sebab sudah banyak barang dan peralatan yang mereka ada..

Sunday, April 7, 2013

Akhirnya siap projek pertamaku


 
6 April 2013 (Sabtu) - Akhirnya siap projek pertamaku, roses mirror. Kelas minggu ini adalah teknik menvarnish roses supaya nampak berkilat. Aku memang puas hati dengan hasil kerja tanganku. Projek ke 2 pulak adalah membuat strawberry tissue box. Minggu depan akan aku tunjuk projek ke 2 membuat strawberry tissue box pulak. Setiap minggu so excited to attend clay class. Banyak benda di pelajari.

Sunday, March 31, 2013

roses mirror... not finish yet

30 March 2013 (Sabtu) - ini minggu ke 4. Masih tak siap lagi cerminku. Minggu ini tampal bunga ros dan tambah lagi daun untuk menghias bunga tersebut. Cikgu suruh bawa balik rumah untuk cat daun pulak bila clay tu sudah kering. Ada beberapa helai lagi daun belum diwarnakan sebab Irene nak bagi nampak effect, dia nak suruh warna daun yang nampak layu kekuningan. Dah siap ni, barulah aku confident untuk ambik tempahan roses mirror. InsyaAllah minggu depan boleh siap projek pertamaku.

Monday, March 25, 2013

Air dry clay product of Japan & Korea

Hari ini aku nak cerita sikit mengenai air dry clay. Bila sebut clay mesti terbayang clay untuk buat pasu bunga. Sebenarnya ada banyak jenis clay. Yang aku belajar adalah air dry clay, produk dari Jepun dan Korea. Semua barang import. Untuk membuat bunga ros tu, aku guna Hearty Clay. Harganya untuk satu bungkus tu RM 28.90. Untuk siapkan satu cermin perlukan 2 bungkus. Ini termasuk membuat daun dan batang pokok bunga. Color yang digunakan Putih. Jadi untuk hasilkan bunga ros pelbagai tone warna kena campurkan dengan water color (artistic water color). Kat kelas aku guna jenama alpha yang bemutu tinggi. Warna cantik. Ini juga import dari Korea. Kalau nak guna clay yang berwarna-warni pun boleh tapi untuk dapat tone warna tak bolehlah sebab yang ada cuma warna asas. Air dry clay ini bila kita membuatnya tangan pun tak comot. Selepas membentuk bunga, daun atau sebagainya, kenalah betul-betul kering baru boleh mewarna pulak. Akhirnya barulah guna varnish untuk mengilatkannya. Banyak teknik dan langkah-langkah untuk membuatnya.
    
Deskripsi bahan "Hearty Clay":

  • Bahan: tepung Anorganik
  • Karakteristik: super ringan, lentur dan mudah untuk menangani 
  • Mewarnai: akrilik, cat air berbasis (guna jenama alpha product of korea). 
  • Penggunaan: kue miniatur, boneka , bunga, dll 
  • Note: Setelah dibuka, mesti dibungkus dalam plastik atau bekas kedap udara
Ini pulak tools yang di gunakan.

Sunday, March 24, 2013

roses mirror 2


23/3/2013 (Sabtu) - Ini minggu ke 3 untuk kelas membuat cermin bunga ros. Hari ini diajar teknik mewarna cermin dan membuat daun serta batang bunga ros. Tinggal lagi teknik mewarna daun dan menampal bunga. lepas tu siapkan cermin bunga ros ku.

Sunday, March 17, 2013

Roses Mirror


16hb March 2013 (Sabtu)- Hari ini minggu ke 2 untuk kelas Roses Mirror.  Sempat belajar teknik mewarna roses dan membuat cermin dengan menggunakan modeling clay. Cikgu bagi bahan2 untuk aku sambung buat kat rumah. Selama 2 jam setengah sempat mewarna 2 kuntum bunga dan menampal modelling clay kat cermin. Rasanya minggu depan dah boleh siapkan projek pertama.

Sunday, March 10, 2013

Bunga ros


4 kuntum bunga besar, 6 kuntum bunga kecil dan 8 kuntum bunga kudup

9hb March 2013 (Sabtu) - Hari ini hari pertama aku hadir kelas clay craft dari Ci Le Craft Clay untuk kursus sebagai guru clay untuk kanak-kanak dan dewasa. Menurut cikgu, aku perlukan setahun lebih untuk siapkan semua projek (44 projek) dan baru dapat sijil mengajar untuk kanak dan dewasa. Projek pertama adalah membuat cermin bunga ros. Hari ini hanya belajar teknik membuat bunga ros tanpa cutter, cara tradisional. Tak sabar nak tunggu Sabtu depan.